Runtuhnya Islam kerana amalan dan akhlak penganutnya

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Tazkirah Jumaat | Kalau dibanding antara Islam yang ada di bumi umat Islam dan Islam yang berada di bumi orang bukan Islam majoritinya seperti di sebahagian negara Eropah, kita akan dapat lihat seolah-olah Islam memang wujud dalam segenap aspek kehidupan seperti kebersihan persekitaran, tandas awam, peraturan jalan raya yang dipatuhi undang-undang dan sebagainya, di mana yang mengamalkannya adalah mereka yang bukan beragama Islam.

Read more…

Kategori:Kuliah Haraki

CABARAN ABAD 21 DARI ASPEK KEFAHAMAN FITRAH

Januari 3, 2008 1 komen

Oleh Dr. Fathi Yakan

Cabaran Global Yang Dihadapi Oleh Agama Islam (Agama Fitrah)

Kita dapat saksikan bagaimana agama Islam sebagai agama fitrah sedang menghadapi cabaran dalam semua sektor. Dan manusia dalam kehidupan dan tingkah lakunya kerap terkeluar dari fitrah yang Allah SWT telah tentukan ke atas mereka.

Read more…

Muhammad Chan bersyukur pengislaman direstui

Oleh ZUARIDA MOHYIN

MUHAMMAD Chan Abdullah bersama anak sulungnya, Amos Chan di hadapan restoran yang terletak di Jalan Melati, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

KEINGINAN Chan Chean Chuan atau nama Islamnya, Muhammad Chan Abdullah mengucap dua kalimah syahadah berputik sejak enam tahun lalu. Namun, hasrat tersebut terpaksa dipendamkan demi menjaga hati semua pihak terutamanya kedua-dua ibu bapa dan keluarga terdekat.

Pada waktu itu juga, kesihatan Chean Chuan ibarat nyawa-nyawa ikan. Doktor bagai sudah putus harapan dengan menyarankan agar beliau dibawa pulang ke rumah.

Read more…

Kategori:Kisah Teladan

Khatan@khitan Yang Menyucikan

November 28, 2007 Tinggalkan komen

`Tok Mudim, buat ape tu?’ Itulah dialog dalam iklan sebuah stesen televisyen tempatan. Peranan tok mudim dalam tradisi masyarakat Melayu memang tidak boleh dinafikan. Walau pun sudah ada doktor dan kemudahan perubatan serba canggih, istilah tok mudim tetap dikenali dan kadang-kadang menjadi bahan jenaka mencuit hati. Kalau doktor terlibat dalam bermacam bentuk khidmat kesihatan, tok mudim hanya menawarkan satu khidmat sahaja, iaitu berkhatan atau bersunat.

Read more…

Kategori:Islam & Ibadat

Wahai kekasihku, kenalilah jenis tudungmu…

November 28, 2007 Tinggalkan komen

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) – Sesekali pembaca diajak untuk ‘keluar’ daripada kelaziman membicarakan isu-isu dan politik semasa sebagai satu riadah minda malah sebagai panduan untuk meneruskan gaya hidup yang berlandaskan agama mengikut tuntutan Allah dan RasulNya.

Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.

Read more…